Setiap sesuatu pasti ada permulaannya. Begitu juga dengan D'Sufi. Pada peringkat awal penubuhanya D’Sufi dikenali sebagai Darul Sufiah. Bagaimanapun pada tahun 2014, Darul Sufiah telah digantikan namanya kepada D”Sufi. Nama ini kekal sehingga ke hari ini. D’Sufi ditubuhkan untuk tujuan menyediakan kaedah perubatan dan rawatan alternatif Islam.
Pengasas D’Sufi ialah Mohd Nizam bin Othman. Beliau telah dilahirkan di Tangkak pada 30 November 1978. Beliau telah menamatkan pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai dalam jurusan Mechatronic. Awalnya beliau belajar ilmu perubatan ini daripada Pak Long Hamzah bin Wahab yang telah mengambil ilmu perubatan daripada bapanya yang juga adalah anak murid kepada Tok Kenali dan juga merupakan anak murid kepada Allahyarham Datuk Dr Haron Din. Pembelajaran yang didalaminya termasuklah ilmu perubatan menggunakan Rukyah, urutan dan perubatan menggunakan akar kayu.
Beliau menambahkan lagi ilmu dalam perubatan islam dengan Raden HJ Ismail bin Hj Sanip. Raden Hj Ismail ini amat dikenali oleh penduduk Tangkak dengan gelaran atau panggilan Pak Wan. Melalui Pak Wan, beliau telah mempelajari kaedah urutan urat saraf, sendi dan patah tulang. Seterusnya beliau mempelajari ilmu perubatan berkaitan kaedah membuang saka dan makhluk halus dengan Allahyarham Ustaz Kasim bin Ibrahim.Mohd Nizam bin Othman juga telah melanjutkan pelajaran agama di Sekolah Pondok Raudatul Ulum, Selangor selama 4 tahun. Di sini, beliau turut mendalami ilmu perubatan berkaitan rawatan, gangguan dan kaedah urutan batin.
Pada peringkat awal, perubatan ini dijalankan di rumahnya dengan hasrat sekadar untuk membantu orang ramai dan mereka yang memerlukan sahaja. Namun demikian, setelah dikenali dan diketahui umum, semakin hari semakin ramai yang datang untuk mendapatkan rawatan. Setelah kehadiran pesakit semakin bertambah, ruang di rumah tidak lagi dapat menampung pesakit yang datang. Demi memberikan kemudahan dan keselesaan kepada orang ramai yang datang untuk mendapatkan khidmat perubatan, beliau telah membuka Klinik Rawatan dan Perubatan D’Sufi di Taman Lagenda, Tangkak sehinggalah sekarang.