Stroke dan Rawatannya

STROK ATAU ANGIN AHMAR.

Kami sedia membantu bagi yg mengalami masalah penyakit strok/angin ahmar..
Pakej rawatan gangguan disusuli dgn Urutan dan berbekam...Utk lebih lanjut boleh hubungi perawat-perawat kami yg berdekatan..

Setiap Penyakit Ada Ubatnya dan Setiap Masalah Ada Cara Mengatasinya

Dari Usamah bin Syarik radhiallahu ‘anhu, bahwa beliau berkata:
Aku pernah berada di samping Rasulullah S.A.W. Lalu dtglah serombongan Arab dusun. Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, bolehkah kami berubat?” Beliau menjawab: “Iya, wahai para hamba Allah, berubatlah. Sebab Allah tidaklah meletakkan sesuatu penyakit melainkan meletakkan pula ubatnya, kecuali satu penyakit.” Mereka bertanya: “Penyakit apa itu?” Beliau menjawab: “Penyakit tua.”
(HR. Ahmad, Al-Bukhari dalam Al-Adabul Mufrad, Abu Dawud, Ibnu Majah, dan At-Tirmidzi)

Apa yang Kita Perlu Tahu – Dr. Nur Hidayati

Strok adalah punca utama yang ketiga bagi kematian di Malaysia. Di seluruh dunia, strok adalah penyebab kedua paling biasa bagi kematian dan penyebab utama bagi kehilangan upaya orang dewasa. Setiap tahun, jutaan orang menderita serangan strok. Ia juga antara empat penyebab utama kematian di negara-negara ASEAN, dengan jumlah kasar kematian antara 10.9/100,000 (Thailand) kepada 54.2 bagi setiap 100,000 (Singapura).

Apa itu strok atau serangan angin ahmar?

Strok adalah keadaan apabila otak kehilangan bekalan darah sama ada kerana pembuluh darah tersumbat (trombosis), pembuluh darah menyempit (stenosis) ataupun pembuluh darah pecah yang menyebabkan pendarahan dalam otak. Ada dua jenis strok, iaitu strok iskemia dan strok berdarah.

Bagaimana strok berlaku?

Bagi strok iskemia – pembuluh darah dalam otak tersekat oleh gumpalan darah beku di dalam pembuluh (trombus), plak aterosklerotik pecah, ataupun oleh emboli (darah beku yang bergerak dalam saluran darah yang kemudiannya tersekat di pembuluh darah otak).

Bagi strok berdarah, ia berlaku apabila terdapat aneurisme (bengkak atau gelembung pada arteri) atau kecacatan pembuluh darah di otak pecah dan berlaku pendarahan ke dalam otak. Ia biasanya dikaitkan dengan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal.

Tahukah kita bahawa 80% daripada serangan strok dapat dicegah?

Serangan strok dapat dicegah sekiranya setiap orang mengambil langkah bagi mengelak penyakit ini daripada berlaku. Usah sekali-kali menyangka bahawa kita tidak berisiko diserang strok. Sesiapa sahaja mungkin diserang strok tanpa mengira sama ada kita lelaki ataupun perempuan, muda ataupun tua, apa jua etnik kita.

Apakah yang dapat kita buat bagi mengelak serangan strok?

  1. Kawal tekanan darah sekiranya kita mempunyai penyakit darah tinggi. Setiap hari, pantau tekanan darah dan makan ubat yang diberi. Jangan mengatur sendiri ataupun berhenti makan ubat tanpa nasihat doktor.
  2. Berhenti merokok! Perokok terdedah kepada risiko serangan strok dua kali ganda berbanding bukan perokok.
  3. Kekalkan berat badan yang sihat.
  4. Diet sihat dan seimbang.
  5. Penghidap kencing manis perlu mengawal pengambilan gula secara optimum.
  6. Dapatkan pemeriksaan bagi degupan jantung yang tidak normal.
  7. Bersenam dan kekalkan gaya hidup aktif.
  8. Elak atau kurangkan pengambilan alkohol.

Apakah tanda-tanda kita sedang diserang strok?

Kita mungkin sedang diserang strok sekiranya:
~ Kebas atau lemah secara tiba-tiba pada muka, lengan, ataupun kaki terutamanya jika hanya pada sebelah bahagian badan sahaja.

Tiba-tiba sukar menelan.
~ Mendadak kurang sedar, mengantuk, sukar bercakap atau memahami percakapan.
~ Tidak dapat melihat sama ada dengan sebelah mata atau kedua-dua belah mata.
~ Tidak stabil apabila berjalan, pening, hilang keseimbangan atau koordinasi.
~ Sakit kepala yang teruk dan tidak diketahui puncanya, disertai dengan muntah dan mual.

Sekiranya mempunyai mana-mana simptom di atas, pergilah dapatkan rawatan dengan segera.