Sakit Tumit

Ramai yang datang ke klinik mengadu sakit tumit. Baik muda ataupun tua. Semua ingin dapatkan rawatan kerana sakit tumit ni sangat tidak selesa.

Kebiasaannya, sakit tumit ini mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
~ paling sakit apabila bangun dari tidur atau ingin memulakan pergerakan kaki dari duduk atau berdiri yang lama
~ sakit akan mula hilang dengan pergerakan kaki (jika terlampau teruk sakit tidak hilang)
~ Tiada bengkak atau tanda merah pada tumit.
~ Sakit yg berlarutan pada tumit.

KAEDAH PERUBATAN ISLAM
~ Ianya merupakan penyakit yg berpunca dari gangguan...
~ membuat rawatan gangguan dan Urutan Sufah.inshaallah pulih

KAEDAH PERUBATAN MODEN.
Sakit tumit boleh didefinisi dengan pelbagai punca. Namun begitu punca yang paling biasa ialah 'Calcaneal Spurr'. Kebiasannya, apabila berjumpa dengan pesakit yang mengadu sakit tumit dengan simptom-simptom di atas,Doktor tidak akan melakukan x-ray (untuk melindungi pesakit dari radiasi tidak perlu). Jika x-ray dilakukan pun, apa yang kita nampak ialah tulang kecil yang tumbuh di tulang tumit kita.

Apa itu Calcaneal Spurr?

Calcaneal spurr ialah tulang kecil (bony spurr) yang tumbuh pada tulang tumit (tulang calcaneum) kita. Pertumbuhan spurr ini berlaku secara fisiologi akibat geseran dan tekanan yang berpanjangan dan berterusan antara tulang calcaneum dan tisu serat sekitarnya. Ini akan merangsang pertumbuhan spurr yang tidak mengikut 'allignment' tulang asal. Spurr akan tumbuh umpama duri di dahan, menekan tisu serat dan otot di tapak kaki (tumit) kita.

Semasa tidur atau duduk dan berdiri lama, spurr akan menekan tapak kaki kita disatu titik yang sama. Ini akan mengakibatkan kawan berkenaan tidak mendapat bekalan darah dan oksigen yang sepatutnya dan menimbulkan kesakitan. Dengan pergerakan, spurr tadi tidak lagi duduk di titik tetap, kawasan tersebut mula mendapat bekalan darah dan oksigen yang sepatutnya dan kesakitan akan mula hilang.

Apakah cara merawat Calcaneal Spurr?

Dikebanyakan masa, doktor tidak akan membedah buang spurr yang tumbuh tadi melainkan ia terlalu besar dan signifikan sehingga menyakitkan tumit sepanjang masa. Ini kerana kesan pembedahan itu sendiri akan menimbulkan pelbagai gejala kesakitan yang lain. Jadi apa yang di lakukan ialah:
1) Membekalkan ubat tahan sakit
2) Merujuk pesakit pada Jabatan Fisioterapi
(untuk mengurangkan kesakitan)
3) Memberi sedikit petua untuk pesakit apabila
di rumah

PETUA UNTUK PESAKIT
Apabila bangun dari tidur, jangan terus bangun untuk menapak, tetapi mulakan dengan senaman tapak kaki. Pusing dan gerakkan pergelangan kaki beberapa kali. Dengan cara ini, bekalan darah dan oksigen akan mula sampai ke kawasan yang ditekan spurr tadi. Begitu juga apabila mahu memulakan pergerakan dari duduk dan berdiri yang lama
mulakan menapak dengan hujung kaki (bukan tumit) dengan perlahan dan berjalan seperti biasa. Rendam kaki dengan air suam (terpulang jika mahu merendam dengan air suam campuran herba dan sebagainya). Semua diatas banyak membantu dalam mengurangkan kesakitan.