Kedudukan Jin Dalam Tubuh Manusia

KEDUDUKAN JIN DALAM TUBUH MANUSIA..

Kedudukan Jin Qarin, Jin Ifrit, Jin Saka Dan Jin Za'bar Pada Tubuh Manusia.
Setiap syaitan dan jin berupaya bergerak dalam tubuh manusia melalui aliran darah.
Mereka bergerak lebih pantas dan lebih efektif apabila darah yang terhasil dari sumber yang haram.
Mereka yang lalai berzikir kepada Allah swt , tidak menjaga solat fardhu, selalu bersifat buruk, tidak pasrah dan tawakal kepada Allah akan memberi ruang seluas-luasnya untuk syaitan dan jin menguasai hati seterusnya perbuatan.

* JIN QARIN

- Jin qarin kafir dapat masuk ke dalam tubuh manusia melalui lubang telinga, umbun-umbun dan anggota badan yang lain.

- Sering keluar masuk badan manusia dan sumber kekuatan kepada jin ifrit, saka dan jin za'bar.

- Sumber makanannya dari aura kejahatan nafsu (dengki, cemburu,marah dan sifat buruk).

Rawatan Diri

- Melemahkannya dengan membaca kerap membaca Surah Yasin dan takbir.

JIN IFRIT

- Jin ifrit atau jin kafir digunakan tukang sihir/ilmu hitam untuk menganggu dan mencederakan organ tubuh manusia.

- Bijak menipu dan memperdayakan manusia. Sifatnya agresif dan berani mati serta patuh pada tuannya.

- Cara Melawannya ialah dengan membaca kalimah zikir dan takbir.

JIN SAKA

- Jin saka pelbagai jenis dan bangsa. Digunakan orang dulu-dulu untuk ilmu kebal,benteng, kekuatan,penggerun dan lain-lain.

- Mencari waris atau tuan untuk mendapatkan sumber makanan dan tempat tinggal.

- Melemahkannya dengan membaca kalimah zikir dan takbir.

JIN ZA'BAR

- Jin za'bar ada belalai dan ekor yang menusuk dalam hati jika lalai zikir.

- Membisikkan di hati segala perkara tidak yakin dan was-was terutamanya amalan dan ibadah kepada Allah.

- Sumber makanannya aura was-was hati manusia.

- Melemahkannya dengan membaca Surah Al-Fatihah dan takbir.

Berbanyakkan zikir dan amal ayat-ayat pendinding diri dari Al-quran.

Perbanyakkan berdoa & sentiasa bersangka baik, semoga di lindungi dari syaitan, jin, iblis laknatullah.