Slip Disc

SAKIT BELAKANG TANDA UTAMA SLIP DISC.

Pernahkan anda merasa sakit belakang yang melampau? Menurut kajian 80% orang dewasa pernah mengalami sakit belakang sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Kebanyakan nya disebabkan oleh aktiviti harian yang lazim dilakukan tetapi dengan cara yang salah. Kesakitan yang melampau menyebabkan anggota badan menjadi kebas, pergerakan terbatas, otot kaki menjadi kejang dan ketika itu tiada apa yang boleh dibuat untuk menghilangkan kesakitan.

Sebelum itu,mari kita mengenal struktur tulang belakang kita. Tulang belakang manusia terdapat ‘jelly-like structure’ yang dipanggil ‘Disc’. Disc ini berfungsi sebagai kusyen pad atau pelindung diantara tulang-tulang pada tulang belakang. Disc ini stabil kerana terdapat ligament yang tebal disekeliling tulang belakang.

Herniated_Disc-1
Keadaan Disc yang terbonjol

Slipped Disc adalah satu istilah yang digunakan dalam dunia perubatan terhadap kecederaan yang biasa berlaku terhadap tulang belakang. Secara ringkasnya ‘Slipped Disc’ bermaksud disc pada tulang belakang terbonjol atau tergelongsor keluar sehingga menekan urat saraf pada saraf tunjang. Selain ‘slipped disc’, gejala ini juga dipanggil ‘Herniated Disc’, Ruptured Disc’ atau PID (Prolapsed Intervetebral Disc)

Apakah Punca Berlaku Slipped Disc?

Proses penuaan antara punca berlakunya Slipped Disc di mana ligament yang memegang disc itu menjadi lemah dan sekiranya terdapat tekanan atau tergeliat sedikit pun, ia mampu menyebabkan gel disc itu pecah.

Namun begitu, aktiviti harian yang dilakukan dengan cara yang salah juga mampu menyumbang kepada risiko slipped disc antaranya:

1. Membongkok terlalu lama
2. Mengangkat beban yang terlalu berat
3. cara mengangkat beban yang salah
4. duduk atau baring dalam posture badan
yang salah
5. Kecederaan ketika bersukan (cth:
mengangkat berat di gym)

Tanda-tanda Slipped Disc

Namun demikian, antara tanda-tanda yang biasa dialami individu dengan slipped disc :

●rasa kebas - berlaku di bahagian badan yang sarafnya terjejas

●lemah otot - bahagian otot yang dibekalkan oleh saraf yang terjejas itu boleh menjadi lemah, menyebabkan kesukaran ketika berjalan.

●rasa sakit - slipped disc yang berlaku di bahagian bawah belakang, kesakitan biasanya di bahagian punggung, paha, betis dan, mungkin, kaki; ini sering dirujuk sebagai sciatica kerana kesakitan dirasai di sepanjang saraf sciatica. Jika masalah slipped disc terletak di leher, sakit biasanya memberi kesan kepada bahu dan lengan.

Jika anda mengalami rasa sakit yang semakin teruk dan gangguan pada fungsi pundi kencing dan usus, segeralah berjumpa dengan doktor. Bincang rawatan yang perlu diambil dan jangan biarkan ianya melarat. Jika tidak, anda mungkin akan alami komplikasi kronik seperti lumpuh dan pilihan yang ada hanyalah pembedahan kecemasan untuk kembali sembuh.

Cara Mencegah Berlakunya Slip Disc

~ Menjaga berat badan ideal. berat badan yang berlebihan memberi bebanan yang lebih kepada tulang belakang
~ Berhenti merokok. Nikotin dalam rokok adalah toksik kepada disc. Ia menghalang disc mengekalkan sifat elastiknya kerana toksik menghalang penyerapan nutrient
~ Amalkan Posture badan yang betul.

Kaedah Rawatan Slip Disc

1. Rawatan Thermal – bertujuan untuk mengurangkan sakit

2. Steroid – suntikan steroid dapat menguankan oto belakang dan mengurangkan kesakitan untuk kesakitan biasa

3.Fisioterapi – Kaedah senaman yang dijalankan bersama pakar untuk menguatkan otot temasuklah menggunakan tuala panas pada bahagian yang sakit.

4. Pembedahan – Langkah terakhir di mana disc yang terkeluar akan dikikis.Untuk kes yang serius,Kepingan besi akan dimasukkan untuk menyokong tulang belakang

Namun begitu,ada gejala Slipped Disc mampu berulang.

Rawatan Alternatif Bagi Slip Disc
Antaranye
~ Pengambilan ubat-ubatan..
~ Urutan
~ Bekam (Pastikan pembekam yg mahir)